
Rekaan & Pakej Pembelian Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition Kini Terdedah?
Samsung bakal melancarkan peranti terbaharunya iaitu Samsung Galaxy Z Flip tidak lama lagi. Namun sudah ada video yang tertiris mengenai rekaan peranti ini berserta pakej pembeliannya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition.
Iklan mengenai peranti dengan rekaan skrin boleh lipat ini telah terdedah di YouTube yang memaparkan rekaan disebalik peranti ini.
https://www.youtube.com/watch?v=Wk_IbH6AQiw
Ia turut memperlihatkan pakej pembelian Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition yang pasti membuatkan korang ingin memilikinya.
Walaubagaimanapun, kita belum mengetahui apakah perbezaan edisi ini dengan Samsung Galaxy Z Flip yang biasa. Namun apa yang boleh dilihat adalah rekaan luarannya tampak berbeza dengan warna silver dan tampil dengan 3 jaluran iaitu merah, biru dan putih.
Edisi ini turut dihadirkan dengan dengan Galaxy Buds+, jam tangan pintar dan sarung pelindung yang diinspirasikan oleh Thom Browne.
__________________________
Artikel Berkaitan:
- Penanda Aras Geekbench Samsung Galaxy Z Flip Muncul? Sokong Snapdragon 855+ & 8GB RAM?
- Ura-Ura] : Video Gambaran Sebenar Samsung Galaxy Z Flip Muncul, Jadi Topik Hangat Netizen
- Terkini! Siri Samsung Galaxy S20 Pertama Menggunakan Snapdragon 865!
- Kebocoran Samsung Galaxy S20 Lagi! Sarung Pelindung Rasmi Pula Muncul?

