Penanda Aras Geekbench Samsung Galaxy Z Flip Muncul? Sokong Snapdragon 855+ & 8GB RAM?

Samsung Galaxy Z Flip terus menjadi bualan hangat netizen! Kali ini, peranti ini dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench pula – sekaligus mendedahkan prestasi dan beberapa spesifikasi utama peranti.

Samsung Galaxy Z : Snapdragon 855+ & 8 GB RAM?

Samsung Galaxy Z Flip yang muncul dengan kod nama Samsung SM-F700N” dilihat mencatatkan sebanyak 725 mata dalam ujian satu teras dan 2,610 mata untuk ujian pelbagai teras. Penyenaraian tersebut juga mendedahkan peranti ini bakal dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855+ dan dibantu 8GB RAM.Selain itu, ia juga bakal menggunakan sistem operasi Android 10.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Apa-apa pun, jangan lupa untuk saksikan LIVE Samsung Unpacked 2020 pada 11 Februari (waktu Malaysia : 12 Februari, 3am) untuk menyaksikan kemunculan produk terbaru penuh inovatif daripada Samsung! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like