Vivo Y17 Dengan Kapasiti Bateri Sebesar 5000mAh Kini Tersedia Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM799

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan model Vivo Y17 kini dijual pada harga yang mampu milik iaitu RM799 yang telah tersedia pada 25 Mei. Pembeli yang membeli peranti ini mulai tarikh berkenaan akan menerima LED Table Lamp secara percuma.

Menariknya peranti ini dilengkapi dengan 4GB RAM dengan storan dalaman sebesar 64GB dan disertakan dengan ciri AI Triple Camera yang pastinya menjadikan tarikan kepada pembeli. Ciri ini dilengkapi dengan 13MP (kamera utama) + 8MP(AI Super-Wide Angle camera) + 2MP(Depth Camera). Kamera hadapan pula juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 20MP.

Antara ciri yang menjadi sorotan bagi peranti ini adalah ia tampil dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh. Turut dilengkapi dengan ciri Dual-Engine Fast Charging. Pengimbas cap jari turut disertakan pada peranti ini. Ia akan tersedia dalam 2 varian warna iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple.

Bagi mendapatkan lanjut,bolehlah melayari laman sesawang Vivo. Vivo Y17 turut tersedia di Vivo Online Store.

________________________

Baca juga:

You might also like