

Hari ini merupakan hari paling bertuah buat seorang pemenang pertandingan permainan ‘Celcom Game Hero – Se7en Gear’, Muhammad Fakhrorazi kerana membawa pulang hadiah utama merupakan sebuah kereta mewah BMW 3-Series selepas memungut markah tertinggi sebanyak 27,800 mata.

Fakhrorazi yang juga merupakan seorang akauntan berasal dari Ipoh, Perak ini telah berhempas pulas selama satu jam berentap bersama pesaing di belakangnya. Dua pemenang seterusnya pula tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya masing-masing menerima sebuah kereta Honda Jazz dan Perodua Beza.

Pada pertengahan tahun ini, Celcom telah berkolaberasi bersama pembangun permainan tempatan menghasilkan permainan Se7en Gear malah pertandingan ini juga mendapat sambutan yang hangat para pemain dari seluruh Malaysia.

Untuk siri ketiga Celcom Game Hero, permainan ‘Kill Shot Legacy’ telahpun bermula pada 7 November lepas dan para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan. Layari Celcom Game Hero untuk mendapatkan maklumat mengenai ‘Kill Shot Legacy’.

