HUAWEI P40 & P40 Pro Bakal Tiba Pada Penghujung Mac Tahun Hadapan

HUAWEI kini mengumumkan bahawa bakal memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru mereka, HUAWEI P40 & P40 Pro di Paris pada penghujung bulan Mac kelak dalam sebuah acara pelancaran di Paris. Memetik sumber, peranti ini bakal menggunakan EMUI 10 berlandaskan Android 10 yang digabungkan dengan Huawei Mobile Services – tiada sokongan aplikasi Google tersedia.

Ketua bahagian pengguna HUAWEI, Richard Yu menjanjikan model kali ini didatangkan dengan reka bentuk yang belum pernah dilihat sebelum ini. Selain itu, ia juga bakal menerima penambahbaikan ketara dalam kualiti kamera, prestasi chipset dan jangka hayat bateri. Ramai mula berspekulasi HUAWEI P40 & P40 Pro bakal diselitkan dengan chipset Kirin 990 5G & Kirin 1020 pula bakal dikeluarkan bersama HUAWEI Mate 40.

[ BACA : HUAWEI P40 Bakal Dibina Dengan Skrin Bersaiz 6.57″ Bersama Paparan Melengkung?]

Pun begitu, satu-satunya kekurangan sebenar model kali ini adalah tiada sokongan aplikasi Google sebaliknya digantikan dengan alternatif HUAWEI. Jadi, apa komen korang mengenai perkara ini? Apa agaknya kejutan daripada HUAWEI untuk kali ini? Stay tuned!

You might also like