
Pelanggan GoPayz kini boleh membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi GoPayz. Untuk pengetahuan umum, GoPayz merupakan aplikasi e-dompet pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sedemikian – sekaligus membolehkan pelanggan GoPayz menunaikan ibadah zakat secara mudah.
Ini termasuklah Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
Pelancaran perkhidmatan ini adalah selari dengan matlamat GoPayz yang bukan sahaja dikenali sebagai aplikasi e-dompet, bahkan ia juga merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup yang mampu dimiliki untuk pelanggan.

Bagi menunaikan kewajipan zakat, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:
- Langkah 1: Daftar masuk GoPayz
- Langkah 2: Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
- Langkah 3: Lengkapkan butiran / maklumat yang diminta
- Langkah 4: Kemudian anda akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat” & tekan “Terus Bayaran”
- Langkah 5: Pilih cara pembayaran untuk lengkapkan transaksi
Muat turun aplikasi GoPayz sekarang juga di Google Play Store l App Store.











