HONOR MagicWatch 2 Kini Rasmi – Tampil Dengan Pemproses Kirin A1 Chipset & Harga Bermula RM699

Jenama peranti pintar terkemuka, HONOR kini melancarkan satu lagi jam tangan pintar baharu yang dikenali sebagai HONOR MagicWatch 2, ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu 46mm dan 42mm.

Jam tangan pintar ini tampil dengan pemproses Kirin A1 chipset yang mempamerkan prestasi mengagumkan, yang mana ia mampu memantau kadar kesihatan di samping menyuntik elemen elegan di dalam pada antaramuka jam ini.

Paparan jam ini dihadirkan dalam 2 versi iaitu 1.39″ AMOLED Touchscreen dan 1.2″ AMOLED Touchscreen dengan kedua-duanya memaparkan 326ppi. Sokongan GPS dan GLONASS Tracking System padanya mampu mengukur kedudukan dengan lebih tepat, walaupun di dalam hutan atau kawasan urban.

Sebagai sebuah jam tangan pintar, MagicWatch 2 turut menyokong 15 Fitness Mode termasuklah Indoor/Outdoor Running, Cycling, Swimming, Triathlon dan banyak lagi. Ia juga kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Bagi semakan kesihatan, jam ini turut dihadirkan dengan Heart Rate Monitoring, Sleep Monitoring dan Stress Monitoring. Daya tahan bateri juga amat mengagumkan, ia mampu bertahan sehingga 14 hari bagi varian 46mm dan 7 hari bagi varian 42mm.

Harga jualan bagi HONOR MagicWatch 2 adalah seperti berikut:
  • Charcoal Black 46mm: RM699
  • Flax Brown 46mm: RM749
  • Agate Black & Sakura Gold (42mm): Akan Datang

HONOR MagicWatch 2 (46mm) bakal tersedia di laman rasmi Hihonor, HONOR Experience Store di seluruh negara dan HONOR Official Store di Shopee bermula 20 Disember 2019. Sementara MagicWatch 2 (46mm) warna Flax Brown dan MagicWatch 2 (42mm) akan tiba tidak lama lagi, ikuti maklumat lanjut dari kami.

 

 

You might also like