
Pemilik Xiaomi Mi A1 Sudah Boleh Menguji Android O
Seperti yang kita sedia maklum, Mi A1 adalah model pertama keluaran Xiaomi yang menyokong Android One, atau lebih dikenali sebagai Android tulen. Ia juga tidak menggunakan paparan antaramuka MIUI sepertimana model Xiaomi sebelum ini.
Dengan Android One, Mi A1 dikatakan akan ditawarkan kemas kini lebih pantas berbanding kebiasaannya. Terkini, Xiaomi telah memulakan pendaftaran minat untuk pengguna Mi A1 yang ingin menguji Android O pada telefon pintar mereka.
Android Oreo menawarkan sejumlah ciri-ciri yang baru, ini temasuk tahap penjimatan kuasa yang lebih efisyen, sistem operasi yang lebih lancar, pemprosesan yang lebih pantas, dan ruangan memori yang lebih terurus. Bukan itu sahaja, ia akan menawarkan kemas kini seperti antaramuka, emoji, Picture-in-Picture (PIP), notifikasi, dot notifikasi, permesejan dan ciri-ciri menarik yang lain.
Bagi pengguna Xiaomi Mi A1, anda boleh mendaftarkan minat di laman MIUI hari ini dan berpeluang mencuba sendiri fungsi baru dari Android Oreo sebelum pengguna lain menerimanya.

