Teaser Dron Penerbangan Dari Xiaomi

876
- Iklan -

Esok, 25 Mei 2016 Xiaomi dijangkakan akan mengumumkan produk terbaru mereka, dan berdasarkan teaser dan desas desus yang sedang kuat diperkatakan adalah mereka bakal melancarkan dron penerbangan quadcopter dengan unit kamera kawalan jauh.

Video teaser telah dimuat naik ke Youku dan dengan pantas video itu tersebar dan dimuat naik semula ke YouTube. Xiaomi sememangnya terkenal dalam penghasilan smartphone, namun mereka juga banyak menghasilkan produk elektronik seperti set top box, peranti keselamatan dan bermacam-macam lagi.

3.2Adalah untuk menarik melihat bagaimana pasaran dron apabila Xiaomi memasuki segmen produk ini, kebanyakan pengguna melihat produk Xiaomi sebagai alternatif yang amat baik kepada produk yang hadir dengan tanda harga yang mahal. Spesifikasi yang baik, kualiti binaan yang memuaskan dan harga berpatutan ternyata resipi terbaik Xiaomi dalam memikat pelanggan.