Realme Bakal Lancarkan Realme X Edisi Spiderman!

Filem Spiderman Far From Home akal ditayangkan tidak lama lagi dan syarikat telefon pintar popular Realme akan mengeluarkan peranti edisi Spiderman menerusi model Realme X.

Dalam satu imej yang terdedah di media sosial, peranti tersebut akan hadir dengan kotak dengan lambang spiderman dan corak istimewa pada baju Spiderman. Walaubagaimanapun, tiada maklumat yang diketahui mengenai harga dan spesifikasi mengenai model edisi ini.

Peranti Realme X ini telah dilancarkan di China pada Mei dan tampil dengan saiz paparan 6.53 dengan Panel OLED dan ia hadir dengan paparan penuh tanpa takuk. Hal ini kerana ia menggunakan mekanisma pop-up camera bagi kemera hadapan dengan 16MP. Bagi kamera belakang pula ia dihadirkan dengan 48MP dan berasaskan sensor Sony IMX586.

Ia turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 710 dan memori sehingga 8GB dan 128GB bagi storan. Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 3765mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0. Turut disertakan dengan sistem pengimbas cap jari pada skrin.

Jadi ayuh kita sama-sama nantikan ketibaan Realme X edisi Spiderman ini!!!

You might also like