
Huawei Mate 10 Pro Bolot Anugerah Di CES 2018
Pada acara CES 2018 yang lalu, kita boleh melihat banyak pengeluar memperkenalkan produk-produk terbaru mereka kepada umum. Huawei yang turut serta telah mengumumkan peranti Huawei Mate 10 Pro akan memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Apa yang menjadi kebanggaan Huawei ialah peranti mereka telah memenangi anugerah oleh lima badan media antarabangsa antaranya Android Authority yang mengiktiraf Huawei Mate 10 Pro sebagai “Telefon Pintar Untuk Tahun 2017”, Techradar yang memberi “Telefon Pintar Terbaik”, Android Police pula dengan “Terbaik Untuk CES 2018”, dan Android Central dengan anugerah “Pilihan Terbaik CES 2018”.
Kita sedia maklum Huawei Mate 10 Pro adalah sebuah telefon pintar yang sarat dengan ciri-ciri canggih, malah kebolehan dwi kamera Leica berteknologi baru telah diakui cemerlang oleh rata-rata penggunanya. Peranti ini juga dikatakan antara telefon pintar terbaik dari segi ketahanan bateri. Paparan FullView Display dan cip Kirin 970 membuatkan Huawei Mate 10 Pro kini menjadi telefon pintar ‘panas’ yang perlu diberi perhatian.

Dalam masa sama, Huawei WiFi Q2 yang diumumkan juga telah mendapat anugerah dari T3 sebagai “Paling Sayang” untuk sistem unit WiFi terbaik untuk kegunaan rumah.
Jadi, dengan pencapaian cemerlang ini adakah ia sudah cukup untuk mendorong anda memilikinya?

