
Berita baik buat peminat jenama perant pintar realme apabila mereka telah melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai realme 6i yang dijual pada harga bermula dari RM699.

Peranti ini tampil dengan spesifikasi yang mempersonakan apbila dihadirkan dengan skrin 6.5″ IPS LCD HD yang memberikan paparan terbaik kepada pengguna.

Lebih menakjubkan apabila spesifikasi dalaman memperlihatkan ia dihadirkan dengan cip pemproses MediaTek Helio G80 dan dipadankan dengan RAM sebasar sehingga 4GB dan storan sebesar sehingga 128GB.

Dari aspek kamera pula ia dihadirkan dengan 48MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan. Ia turut menyertakan bateri yang besar iaitu 5000mAh.
Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:

- 3GB RAM + 64GB Storan : RM699 (Jualan bermula pada 23 April di Shopee)
- 4GB RAM + 128GB Storan: RM899 (jualan pada 25 April di seluruh pengedar rasmi realme.

Lebih menarik, realme bakal mengadakan jualan khas pada 23 April ini di laman sesawang Shopee yang mana veri 3GB + 64GB akan dijual pada harga RM599!! Jangan lepaskan peluang!!

