
Telefon 4G Reliance JioPhone Diberikan Secara Percuma Di India

India yang mencatatkan pengguna dan pasaran telefon yang ketiga terbesar dunia sering mendapat ‘bekalan’ telefon yang lebih baik daripada Malaysia. Reliance yang baru sahaja melancarkan JioPhone, sebuah telefon feature berupaya menarik liputan sehingga 4G LTE ditawarkan secara percuma di sana.

Walaupun begitu, pengguna di sana perlu membayar wang pendahuluan sebanyak INR1,500 (kira-kira RM99), dan akan dikembalikan apabila peranti dipulangkan selepas tiga tahun. Lebih menarik lagi, pengguna boleh menggunakan rangkaian 4G untuk menghantar SMS dan panggilan VoLTE secara percuma tanpa cas dikenakan.

Peranti ini dilengkapi dengan paparan QVGA 2.4 inci (sama seperti 3310) bersama fungsi NFC akan memudahkan pembayaran tanpa tunai. Selain itu, ia juga mendapat perkhidmatan penstriman video dan kebolehan untuk menyambung peranti ke televisyen juga disediakan.
JioPhone boleh di pra-tempah mulai 24 Ogos, dan mula dijual pada bulan berikutnya. Malahan, Reliance juga bercadang untuk memasang JioPhone di India bermula lewat tahun ini.

