Essential Phone (PH-1) Akan Mula Diedarkan Dalam Beberapa Minggu Lagi

Pada hari Essential Phone diperkenalkan bulan Mei yang lalu, Andy Rubin selaku pengasas jenama berkenaan tidak mengumumkan bilakah ia akan mula dijual, cuma sekadar mendedahkan spesifikasi dan rupa fizikal sahaja.

Terkini, dalam laman Twitter Essential, Andy (bapa android) sendiri telah memuat naik satu pengumuman mengatakan produk beliau kini sedang mendapatkan sijil dan melakukan ujian bersama syarikat telco di AS. Sementara, dalam kenyataan tersebut, Andy tidak pula menetapkan tarikh tepat sebaliknya cuma mengharapkan kesabaran pengguna.

Essential Phone yang menggunakan kod nama PH-1 dilengkapi paparan hampir tiada bingkai 5.71 inci dengan resolusi 2K, juga dibekalkan dengan cip pemproses Snapdragon 835 SoC. Memori dalaman pula menerima RAM sebesar 4GB, manakala ROM seluas 128GB. Bingkai jenis titanium turut digunakan disamping menyediakan sistem dwi kamera. Pengoperasian Android 7.1.1 Nougat pula dijana oleh bateri berkapasiti 3,040mAh.

Jika peranti ini menembusi pasaran Malaysia, adakah anda akan mendapatkan peranti ‘macho’ sebegini?

You might also like