Samsung Galaxy S8 Active Menampakkan Rupa

Semakin hari semakin nipis telefon dibina, begitu juga risiko untuk mengalami kerosakan apabila terjatuh juga tinggi. Samsung Galaxy S8 yang memiliki skrin lengkung memang bergaya dipadankan tetapi perlu diingatkan skrin yang lengkung itu juga mudah retak bahkan pecah apabila ia terhentak kuat.

Jadi apa yang sesuai buat anda yang tidak berhati-hati dan tidak suka menggunakan sarung pelindung, Samsung Galaxy S8 Active adalah jawapannya. Kehadiran skrin rata masih lagi mengekalkan nisbah 18:9 seperti model asal, kerangka daripada gelas pula telah ditukar kepada getah, dimana getah adalah bahan yang sangat baik menyerap hentakan.

Selain itu, di setiap empat penjuru peranti dilindungi dengan getah tambahan supaya dapat menangani keretakan skrin apabila terjatuh. Sementara, perkakasan dalaman menerima sedikit perubahan iaitu pada kapasiti bateri, ia kini menyalurkan kuasa 4,000mAh dan tidak dinafikan ketebalan peranti juga meningkat satu setengah kali ganda.

Spesifikasi lain juga dikatakan tidak berubah selain mendapat sistem operasi Android Nougat terus dari kotak. Walaubagaimanapun, di Malaysia versi-versi Active tidak pernah dijual (kecuali S4 Active dan Galaxy Tab Active), tetapi di masa mendatang tidak mustahil akan berlaku.

You might also like