
Akhirnya!! Peranti Nokia 7 Plus Bakal Terima Kemas Kini Android Pie Secara Berperingkat!
Sebelum ini, HMD Global telah berjanji untuk menawarkan kemas kini Android terbaru iaitu Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus pada bulan September 2018. Namun disebabkan oleh beberapa isu, kemas kini itu terpaksa ditunda. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global, melalui akaun Twitter miliknya.
#Android Pie 🥧for #Nokia 7 plus met with a couple of tricky platform specific certification bugs. We've got them now and are running final round of tests for quality assurance. Apologies for the delay. Like you know from Beta Labs, stability is there #nokiamobile
— Juho Sarvikas (@sarvikas) September 26, 2018
Akhirnya penantian pemilik Nokia 7 Plus untuk menerima kemas kini Android 9 Pie telah terjawab apabila Nokia Mobile telah mengumumkan ketersediaan kemas kini tersebut yang akan diberikan secara berperingkat.
Kemas kini Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus turut menyokong aplikasi kamera versi 9.0 yang diperbaharui dengan antaramuka baharu, serta diintegrasikan dengan Google Lens. Hadir dalam versi 3.22C, kemas kini ini memiliki saiz fail yang agak besar iaitu mencecah sehingga 1471.3MB. Ada yang sudah dah dapat ke kemas kini Android Pie ini?Â
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: Nokia 7 Plus, Tiga Lensa Kamera Sokong Sensor ZEISS
- Pandang Pertama: Nokia 7 Plus
- Tahniah Nokia 7 Plus Dipilih Sebagai Peranti Pintar Pengguna Terbaik Di Anugerah EISA 2018