HUAWEI Mate 20 Pro Kini Kembali Tersenarai Dalam Program Android Q Beta

Terdahulu, kita dikejutkan dengan berita mengenai penyingkiran HUAWEI Mate 20 Pro daripada laman rasmi Android Q Beta berikutan isu penarikan semula lesen Android terhadap HUAWEI dan sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Pun begitu, kini HUAWEI Mate 20 Pro telah kembali tersenarai pada laman rasmi Android Q Beta. Perkara ini sekaligus menjadikan HUAWEI Mate 20 Pro kembali berada dalam senarai 21 peranti terpilih yang bakal menerima kemas kini Android Q Beta.

[SUMBER]

You might also like