
Segelintir Pengguna iPhone X Hadapi Masalah Garisan Hijau
Seperti yang kita tahu, paparan iPhone X diperbuat daripada OLED daripada syarikat Samsung. Apa yang terjadi baru-baru ini, segelintir pengguna iPhone X menghadapi isu garisan hijau pada paparan peranti mereka.

Garisan hijau boleh dilihat jelas dari atas hingga ke bawah di bahagian tepi skrin. Mereka yang malang ini pada mulanya tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuka kotak pembungkusan, tetapi selepas beberapa hari menggunakannya garisan pelik itu mula muncul.
Seorang yang mahir menjelaskan ianya berkemungkinan disebabkan oleh kabel riben untuk mengawal paparan tidak disambung dengan betul. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna yang terkesan sudah menerima peranti baharu mereka.

Apple juga adalah kali pertama menghasilkan peranti sebegini, jadi untuk kali pertama membuatnya, kebiasaan masalah tidak diduga akan timbul.
Sehingga artikel ini ditulis, Apple masih belum membuka mulut mengenai isu garisan hijau ini.

