Mana Kaki Gamers?! Mad Machines Kini Tersedia Di Steam!

Mana kaki gamers?! Hey guys, Hero Blades ApS kini telah melancarkan permainan, Mad Machines di steam! Mad Machines kini tampil dengan mod permainan baru di samping medan pertempuran yang menyeronokkan untuk bermain!

Lebih menariknya lagi, permainan mudah alih ini dikatakan boleh dimainkan sehingga 10 pemain pada satu masa! Wah! Menarik bukan? Selain itu, ia juga dikatakan menawarkan permainan selama 24 jam secara global –  di mana sesiapa sahaja boleh sertai dan meninggalkan permainan pada bila-bila masa yang diinginkan.

Di samping itu, watak pemainan diperbuat daripada blok – boleh dikumpulkan untuk memperbaiki watak menjadi sebahagian besar daripada mengumpul mata. Tidak ketinggalan, terdapat juga 3 kelas berbeza dengan kelajuan, statistik serta kebolehan yang berlainan!

Mad Machines : Steam

You might also like