
[Ura-Ura] : HUAWEI Mate 30 Pro Dijangka Hadir Dengan Paparan 90Hz?
Spesifikasi awal HUAWEI Mate 30 Pro pernah bocor sebelum ini – dilengkapi paparan AMOLED 6.71″. Terbaru, heboh pula diperkatakan paparan tersebut dijangka tampil dengan sokongan kadar segar 90Hz.

Sementara itu, sebuah video konsep juga mendedahkan peranti ini dibina dengan kemasan sisi melengkung ke arah skrin bersama paparan berlubang dan ketersediaan dwi kamera selfie pada sisi kiri. Belakang pula, terdapat ketersediaan empat lensa utama (terdapat LED Flash) – disusun dalam bentuk “V”. Sumber berkata, kamera ini menawarkan sokongan 5x zoom optik dan 50x zoom digital.

Menurut ketirisan sebelum ini, Mate 30 Pro dijangka dilengkapi pemproses Kirin 985 (7nm), modem Balong 5000 dan bateri 4,200 mAh. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

