Adakah Kita Akan Dapat Melihat Kereta Jenama Apple Tidak Lama Lagi?

 

phps1qaxhApple Inc telah pun mendaftarkan nama domain apple.car, apple.cars dan apple.auto yang diletakkan di bawah industri automotif. Berita yang dikeluarkan Who.is, iaitu pembekal informasi domain telah menguatkan lagi desas desus sebelum ini yang Apple bercadang untuk membina sebuah automobil.

 

Namun terdapat beberapa individu menyatakan Apple juga berkemungkinan besar hanya berminat dalam menghasilkan peranti teknologi untuk kereta seperti teknologi paparan, informasi dan lain-lain. Apa yang pasti tidak lama lagi kita akan melihat jenama Apple apabila kita memandu kerana nampaknya Apple serius dalam industri setelah mereka giat merekrut pakar dari Ford dan Mercedez-Benz.

You might also like