Perkhidmatan Prabayar Bebas SST, Berkuat Kuasa 6 september

- Iklan -

Kementerian Kewangan mengumumkan perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September ini.

Menurutnya, ini adalah perlu bagi mengatasi masalah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata melalui pengecualian ini para pelanggan akan menerima nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai tanpa dikenakan cukai perkhidmatan.

Tambahnya lagi, kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar pihak Kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

Justeru, semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini.

Sumber 1, sumber 2

You might also like