Lagi Pelan Berbaloi-Baloi Dari U Mobile

Hero P98 30GBPersaingan pakej data Internet semakin hangat, seperti biasa U Mobile merupakan antara syarikat terawal yang menawarkan pakej yang amat berbaloi, tawaran kuota data yang tinggi pada harga langganan mesra ekonomi.

2.2Pakej terbaru yang diperkenalkan U Mobile adalah P98 di bawah pelan Hero Postpaid. Pada harga langganan RM 98 setiap bulan, anda bakal menikmati 30 GB data internet berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan langganan video percuma melalui portal-portal tertentu.

1Pada masa yang sama juga, U Mobile juga memaklumkan bahawa ia akan melanjutkan perkhidmatan penstriman video percuma Video-Onz™ sehingga 31 Disember 2016. U Mobile juga telah menambah 7 rakan kongsi video terbaru seperti The Edge TV, BFM 89.9, Viki, Dailymotion, YuppTV , StarLive dan Crunchyroll.

2Video-Onz™ yang dilancarkan pada April tahun ini, membolehkan pelanggan menikmati penstriman video tanpa had secara percuma, tanpa mengguna kuota data bulanan apabila menstrim kandungan video daripada mana-mana rakan kongsi Video-Onz ™.

Ini bermakna, semua pelanggan prabayar dan pascabayar akan dapat menikmati penstriman video percuma daripada rakan kongsi Video-Onz™ U Mobile, walaupun selepas tawaran ini berakhir pada 31 Julai 2016.

Tunggu apa lagi, sekiranya anda tinggal di kawasan yang mempunyai liputan rangkaian U Mobile yang baik, langgan jer pakej ini. Memang berbaloi!

You might also like