vivo V9 Memperkenalkan Swafoto Dengan Ciri-Ciri AI Face Beauty

vivo dalam seminggu ini berlumba-lumba dalam berkongsi informasi terkini bagi peranti terbaru mereka yang bakal mendarat di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Selain spesifikasi dan dwi-kamera pada vivo V9 yang sudah kita ketahui, terkini teknologi AI Face Beauty telah diintegrasikan ke dalam kamera swafotonya.

Sebagai perintis swafoto yang sempurna, vivo V9 kini melangkah ke depan lagi dengan memperkenalkan teknologi AI Face Beauty kepada peminatnya. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Berdasarkan berita sebelumnya, V9 dilengkapi skrin 6.3 inci dengan resolusi FHD+ (2280 x 1080 piksel), ia juga merupakan peranti pintar yang pertama di Malaysia menawarkan nisbah skrin 19:9.

Dengan iklan yang dipaparkan di sekitar KL ini, ketibaan V9 tidak lama lagi.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

 

 

You might also like