
Konfigurasi dwi-kamera bukanlah benda yang baru untuk sebuah telefon pintar, ia sudah berada di pasaran sejak tahun lepas lagi. Tidak dinafikan banyak pengeluar mengambil ilham daripada posisi kamera melintang pemiliknya iaitu iPhone 7 Plus. Tidak mahu ketinggalan dalam fenomena dwi-kamera, vivo kali ini tampil dengan vivo V9.
Sebelum ini, ada beberapa artikel kami tulis menceritakan tentang peranti ini mengenai rekaan, kamera depan, dan paparan penuh yang digunakan. Terkini, pihak vivo berkongsi pula mengenai kamera utama. Menurut pasukan vivo, peranti ini hadir dengan sensor 16MP + 5MP bersama fungsi PDAF (Phase Detection Auto Focus) dan menyokong foto efek bokeh.
Berdasarkan hasil gambar yang dikongsikan, vivo V9 dilihat mampu mengambil gambar potret lebih jelas serta terang. Selain itu, vivo V9 dimuatkan cip pemproses Snapdragon disamping RAM 4GB dan 64GB ruang storan.
Buat masa ini, vivo Malaysia tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai spesifikasi lain pada vivo V9.