vivo Dedahkan Sedikit Spesifikasi Mengenai vivo V9

Peranti vivo V9 tidak lama lagi akan dilancarkan ke pasaran global termasuk Malaysia sendiri. Mengikut pasukan vivo di China, konfigurasi pada vivo V9 bakal menjadikan iPhone X ketinggalan. Nanti dulu! Biar kami jelaskan mengapa vivo berkata sedemikian. Hmm, ia bukanlah sepenuhnya dapat menandingi iPhone X, tetapi dari segi teknologi paparan dan kamera depan.

Vivo V9 dilengkapi skrin 6.3-inci OLED – iaitu lebih besar berbanding iPhone X menerusi paparan 5.8-inci. Melalui skrin lebih besar ini, peranti ini mampu mengalahkan iPhone X dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90% berbanding 87.6% pada iPhone X. Sekaligus binaan bingkai vivo V9 lebih nipis dan bakal menjadi telefon pintar yang pertama di Malaysia menawarkan telefon dengan nisbah skrin 19:9 (iPhone X 19:5:9).

Dalam masa sama, vivo turut berkongsi berkenaan jabatan kamera. Vivo V9 dikatakan mendapat konfigurasi dwi-kamera di belakang dan menariknya kamera depan dilengkapi kamera 24 Megapiksel. Dimuatkan dengan sensor bersaiz 1/2.78, ia sekaligus membenarkan lebih banyak cahaya masuk bagi memberikan gambar swafoto lebih jelas serta terang.

Ciri lain juga diberikan untuk pengalaman swafoto lebih baik dengan adanya mod Group Selfie. Mod ini ditugaskan untuk mengambil gambar secara beramai-ramai tanpa meninggalkan seseorang – efek seperti menggunakan lensa fisheye.

Jadi dengan perbandingan dilakukan oleh vivo, adakah vivo V9 betul-betul hebat?

You might also like