Ketirisan Gambar HTC Desire 10 Pro

HTC Desire 10 Pro 1Sebelum ini, tersebar berita mengenai HTC Desire 10 Lifestyle yang bakal dilancarkan oleh HTC sekitar penghujung September 2016. Seiring dengan pelancaran tersebut, HTC dikhabarkan bakal memperkenalkan sebuah lagi peranti di bawah siri yang sama, iaitu HTC Desire 10 Pro.

Buat masa sekarang, info penuh mengenai smartphone ini tidak diketahui, berbanding dengan HTC Desire 10 Lifestyle. Tetapi apa yang editor lihat, nampaknya pihak HTC cuba selarikan penjenamaan siri ‘Desire’ sebagai smartphone flagship mereka.

HTC Desire 10 Pro 2Di samping itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang akan disokong oleh peranti ini seperti pengimbas cap jari yang terletak di bahagian panel belakang serta menampilkan rekaan yang elegan serta anggun dengan dua pilihan warna. Spesifikasi lengkap peranti ini mungkin akan didedahkan tidak lama lagi oleh pihak HTC sendiri.

 

You might also like