OPPO Terima 6,000 Unit Pra-Tempahan F1s Dalam Tempoh Seminggu!

OPPO F1s (6)Siri terbaru Pakar Selfie keluaran OPPO yang telah dilancarkan secara rasmi di negara ini pada 10 Ogos yang lalu nampaknya telah memperlihatkan sambutan yang sangat positif apabila berjaya menerima sebanyak 6,000 unit pra-tempahan dalam tempoh seminggu dibuka. Ini sekaligus membuktikan keyakinan serta semangat pengguna terhadap kehebatan dan keupayaan Pakar Selfie OPPO.

OPPO F1s (13)Ia merupakan satu pencapaian yang sangat memberangsangkan kepada jenama OPPO apabila berjaya mencapai permintaan yang sangat tinggi hanya melalui pra-tempah sahaja. Tambahan pula ia hanya melibatkan 600 pusat jualan terpilih daripada 4,000 pusat jualan yang tersedia untuk perkhidmatan pra-tempah.

Selain daripada pameran jalanan pada 20 Ogos ini di Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur) dan Sunway Carnival (Pulau Pinang), OPPO F1s juga tersedia di 600 pusat jualan terpilih di seluruh negara. Malah OPPO juga mensasarkan untuk memastikan F1s akan tersedia di kesemua pusat jualan di negara pada 22 Ogos nanti.

Sesi Beramah Mesra Bersama Ayda Jebat & Min Chen

Berita baik buat peminat setia Ayda Jebat dan Min Chen kerana mereka bakal menjayakan Roadshow kali pertama OPPO F1s yang akan berlangsung di dua lokasi berbeza. Ayda Jebat akan berada di East Court, Mid Valley Megamall pada 21 Ogos 2016, 3 petang. Manakala Min Chen pula akan berada di Main Concourse, Sunway Carnival Shopping Mall, pada 20 Ogos 2016, pukul 2.30 petang! Jom datang beramai-ramai untuk memeriahkan Roadshow OPPO F1s di samping berjumpa dengan artis kesayangan korang! Jangan lupa selfie bersama mereka yea.

1

You might also like