Samsung Perkenal Tablet Terbaharu Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab A10.1, dan Galaxy Tab A Dengan S-Pen, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM899

Jenama peranti pintar terkemuka, Samsung kini memperkenalkan 2 lagi model tablet terbaharu keluarannya iaitu Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab A10.1, dan Galaxy Tab A dengan S-Pen yang mana ia boleh disesuaikan untuk kerja, masa lapang atau keluarga.

Bagi Galaxy Tab S5e pastinya sangat efisen dalam melaksanakan pelbagai tugasan yang sangat sesuai untuk profesional atau kehidupan peribadi anda. Ia merupakan tablet paling nipis dan ringan bagi kelas 10 inci yang mana ia hanya berukuran 5.5mm kenipisan dan berat hanya 400g sahaja. Disertakan dengan paparan Super AMOLED dan 4 stereo speaker oleh AKG yang memberikan kesan bunyi yang baik.

Tambahan lagi, kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 7040mAh pastinya mampu bertahan lama iaitu sehingga 15 jam tontonan video tanpa henti. Turut disertakan dengan storan tambahan sehingga 512GB menerusi kad microSD yang pastinya dapat menguruskan data yang berat dan banyak ketika melaksanakan tugas harian.

Dalam pada itu Galaxy Tab A (2019) sangat sesuai bagi ibu bapa dan keluarga zaman millenial ini. Samsung telah memperkenalkan 2 varian bagi model ini iaitu Galaxy Tab A10.1 dan Galaxy Tab A dengan S Pen. Tablet ini pastinya dapat menghiburkan ibu bapa dan anak-anak, tetapi juga ia mampu memberikan peralatan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan produktiviti.

Galaxy Tab A 10.1 direka dengan rekaan yang sangat nipis dan kompak. ia telah memperbaiki antaramuka pengguna yang mana ia membenarkan perincian bagi setiap laman yang dilayari dipaparkan di dalam dalam 1 skrin yang sekaligus memberikan sebuah tablet yang sangat cekap.

Bagi Galaxy Tab A dengan S-Pen memberi fokus pada pendidikan zaman moden ini. Bagi tablet ini ia disertakan dengan pelbagai aplikasi pendidikan yang memainkan peranan dalam pembangunan kanak-kanak. Ia juga didatangkan dengan S-Pen yang boleh mempertingkatkan mudah alih dan produktiviti.

Harga jualan bagi ketiga-tiga peranti ini juga sangat berpatutan. Bagi Galaxy Tab S5e, Tab A10.1, dan Tab A dengan S-Pen dijual pada pada harga RM1,999, RM1,299, RM899 dan RM1,099. Peranti-peranti ini tersedia di ke semua Samsung Experience Stores dan pengedar yang sah.Bagi Galaxy Tab S5e dan Tab A10.1 ia tersedia dengan warna Gold dan Hitam sementara Tab A dengan S-Pen tersedia dengan warna Gray dan Hitam.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda bolehlah melayari laman sesawang Samsung dengan klik pada Galaxy Tab S5e dan Galaxy Tab A.

You might also like