
HONOR Band 5 Bakal Terima Ciri Baru? Dijangka Diperkenal Bersama HONOR 9X?
Menerusi pengenalan HONOR Band 4, syarikat gergasi tersebut telah memperkenalkan pelbagai teknologi baru termasuk sensor kadar jantung menggunakan TruSeen 3.0 dan pemantau waktu tidur, TruSleep.
Terbaru, muncul maklumat tertiris mendedahkan HONOR bakal muncul dengan satu lagi pewaris baru untuk segmen tersebut iaitu HONOR Band 5. Menariknya, HONOR Band 5 bakal disertakan dengan sejumlah ciri baru yang pastinya buat ramai teruja.
Presiden HONOR, Zhao Ming telah pun mula menggoda mengenai keseluruhan rekaan dan ciri baru untuk HONOR Band 5 – memetik imej dikongsi reka bentuknya kelihatan mirip dengan HONOR Band 4.
[BACA : Bocor Lagi! HONOR 9X Dijangka Sokong Skrin AMOLED & Binaan Kamera Pop Up ]
Menurut beliau, HONOR Band 5 bakal disertakan dengan ciri pengesanan oksigen darah – ciri di mana memantau tahap oksigen darah dan akan menjadikan HONOR jenama pertama menggunakan ciri ini pada peranti mereka.
Seperti biasa, HONOR juga masih mengekal ciri kesihatan standard seperti pemantauan kadar jantung dan sebagainya. Teruja? HONOR 9X bakal diperkenalkan pada 23 Julai kelak dan kita mungkin melihat kemunculannya sewaktu pelancaran tersebut. Siapa tahu?
[SUMBER]