

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi Pertolongan Cemas, dimana para pengguna khususnya di Malaysia boleh mempelajari dan mendapatkan maklumat sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan.

Pengguna juga akan ditunjuk ajar bagaimana untuk memberikan pertotolongan cemas seperti melecur, keracunan, sawan, serangan asma, strok, patah tulang dan lain-lain lagi dengan hanya melihat kandungan seperti teks dan video yang disediakan. Nasihat dan petua yang disampaikan juga bukanlah membantu sepenuhnya cuma sedikit sebanyak ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang di masa kelak.

Melalui pendekatan ini, rakyat Malaysia secara amnya dapat mencegah serta sedar terhadap risiko dan bahaya dihadapi lantas mampu mengurangkan angka kematian yang kini semakin meningkat. Penghasilan platfom mudah alih ini menerima kerjasama dengan Yayasan Prudence malah ia juga akan dilancarkan secara rasmi serentak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 19 Ogos ini.
Aplikasi “First Aid Red Crescent” kini boleh dimuat turun menerusi Play Store dan App Store dengan penawaran dwi bahasa (BM/BI).


