Gempar! HUAWEI Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 – Ketesediaan Bermula 7 Februari Ini!

Finally…Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya HUAWEI Mate 30 Pro 5G kini memasuki pasaran tempatan. HUAWEI Mate 30 Pro 5G merupakan peranti pertama di Malaysia yang dibekalkan dengan sokongan 5G dan penawaran yang terkini.

Bagi yang berminat, HUAWEI Mate 30 Pro 5G ditawarkan pada harga RM 4,199 dan ketersediaan adalah bermula 7 Februari 2020. Ia akan tersedia menerusi beberapa saluran berbeza termasuk HUAWEI Experience Stores di seluruh Malaysia dan rakan telco rasmi HUAWEI seperti Maxis, Celcom dan UMobile.

 

APA YANG MENARIK?

Setiap pembelian HUAWEI Mate 30 Pro 5G bakal didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai hingga RM537 – termasuk HUAWEI Wireless In-car SuperCharge charger dan Jaminan waranti tambahan selama satu (1) tahun. Tunggu apa lagi? Jangan lupa dapatkan seunit! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri HUAWEI Mate 30, sila lawati HUAWEI Online Shop / Facebook HUAWEI.

 

You might also like