
[Ura-Ura] : Video Gambaran Sebenar Samsung Galaxy Z Flip Muncul, Jadi Topik Hangat Netizen
Samsung Galaxy Z Flip terus menjadi bualan orang ramai! Bahkan, dengan kebocoran yang dikongsi sejak kebelakangan ini, sekaligus memberi gambaran lebih jelas mengenai penawaran yang bakal dibawa oleh peranti ini. Terbaru, sebuah video didakwa memaparkan rekaan sebenar Samsung Galaxy Z Flip dikatakan telah muncul. Video berdurasi 20 saat itu memaparkan Samsung Galaxy Z Flip dalam varian warna ungu.
Samsung Galaxy Z Flip – First Hands On Video pic.twitter.com/4b8Uzt5kRB
— Ben Geskin (@BenGeskin) February 2, 2020
Memetik video berkenaan, badan peranti dilihat didatangkan dengan kemasan berkilat bersama sokongan dua kamera utama yang disusun secara mendatar. Apabila peranti dibentang, ia mendedahkan paparan Infinity-O bersama kamera selfie tunggal. Terdapat khabar angin mendedahkan ia mungkin menggunakan skrin AMOLED dengan resolusi 2636 x 1080 dan nisbah aspek 22: 9.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Apakah pendapat korang mengenai reka bentuk kali ini? Yay or nay? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[ S U M B E R ]
Artikel Berkaitan :
- [Ura-Ura] : Samsung Galaxy Z Flip Mungkin Sokong Chipset Snapdragon 855+ & Dwi Kamera Utama 12MP
- [ Ura – Ura ] : Jadi Bualan Hangat! Adakah Ini Spesifikasi & Gambaran Penuh Untuk Samsung Galaxy Z Flip?!
- Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dinamakan Sebagai Galaxy Z Flip?!
- Skor GeekBench Samsung Galaxy S20 Terdedah? Mencatatkan Single-Core 561 & Multi-Core 2358

