
Pertandingan akhir Digi Petrosains Robotic Programme 2017 telah diadakan dan seramai 144 orang pelajar dari 48 buah sekolah telah terlibat untuk menjayakan pertandingan ini sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM1,000.
Ia adalah hasil kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd bersama Petrosains, The Discovery Centre, di mana program robot ini disediakan untuk pelajar sekolah menengah luar bandar yang mempunyai kemahiran kreatif mencipta robot tetapi tidak tahu platform mana yang ingin dituju. Dianjurkan oleh lapan Pusat Internet 1Malaysia (PI1Ms) yang diuruskan oleh Digi di seluruh negara, program selama lapan bulan ini telah melibatkan seramai 144 pelajar dari 48 sekolah yang terletak sekitar 48 PI1Ms.

Pada peringkat akhir telah menyaksikan sebanyak 16 buah sekolah membentangkan idea dan robot mereka yang dicipta selari dengan tema “Designing a solution to answer a real-world science and technology challenge through programming and building extensions for their robot”. SMK Tengku Ampuan Intan mewakili PI1M Kuala Berang diumumkan sebagai pemenang utama dengan ciptaan Coconut Grater Robot dan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi. Manakala tempat kedua dimenangi oleh SMK Gedangsa mewakili PI1M Felda Gedangsa dengan Robovac Robot serta Dustbin Robot dari SMK Seri Pagi yang mewakili PI1M Senawang pula dipilih menyandang tempat ketiga.

Selain daripada hadiah utama, Anugerah Pembentangan Terbaik juga dianugerahkan kepada SMK Kebangsaan Bedong yang mewakili PI1M Pekan Bedong manakala SMK Tengku Ampuan Intan mewakili PI1M Kuala Berang meraih Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik dan akhir sekali SMK Sungai Rawang mewakili PI1M Hulu Chuchoh menerima Anugerah Booth Terbaik.
“Digi Petrosains Robotic Programme 2017 telah berjaya memberi inspirasi kepada banyak pelajar luar bandar untuk memilih kerjaya dalam bidang sains termasuk teknologi robotik”.

