Sekali Lagi, Apple Watch Series 4 Jadi Penyelamat Nyawa!

- Iklan -

Apple Watch Series 4 menjadi penyelamat kepada seorang lelaki yang mengalami kemalangan serius, baru-baru ini.

Memetik muat naik posting daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Gabe Burdett, kejadian berlaku ketika dia dan bapanya merancang untuk menaiki basikal gunung bersama-sama. Sewaktu menunggu, dia menerima mesej daripada Apple Watch milik bapanya yang mengatakan bahawa bapanya mengalami kemalangan serius.

Menurut Gebe lagi, jam pintar tersebut turut berkongsi lokasi di mana kemalangan berlaku. Tidak lama kemudian, Gebe berkata dia menerima kemas kini baru yang menyatakan lokasi bapanya di Pusat Perubatan Sacred Heart.

Gebe berkata, Apple Watch telah menghubungi talian bantuan kecemasan 911 dan menghantar lokasi kepada penyelamat. Oleh itu, anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian lebih awal daripada Gabe. Dia juga mengatakan bapanya kini dalam proses pulih.

Sedia maklum, Apple Watch Series 4 dan versi terkini didatangkan dengan fungsi ‘Fall detection’ secara terbina. Apple Watch akan menghantar mesej teks dan peta lokasi secara automatik sekiranya berlaku sebarang kejatuhan secara tiba-tiba. Fungsi inilah yang bantu menyelamatkan nyawa ayah Gebe.

Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama Apple Watch menjadi penyelamat! Pada bulan April lalu, fungsi ini juga telah membantu seorang wanita berusia 80 tahun yang jatuh dari apartmen di Jerman. Apple Watch mengesan jatuh dan secara automatik menghubungi talian bantuan kecemasan 112 – nombor kecemasan di Jerman.

Perkongsian ini membuktikan Apple Watch dilengkapi teknologi yang agak luar biasa hingga mampu menyelamatkan nyawa. So, adakah korang salah seorang pemilik Apple Watch Series 4? Okay, jangan lupa aktifkan fungsi ini! 

You might also like