TMJ Merasmikan Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020 Pada 28 & 29 September 2019

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020 anjuran Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL), bersama YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

Program ini bakal berlangsung pada 28 dan 29 September 2019 di Hotel Le Meridien Putrajaya, pemain industri ServerDNA akan mempertandingkan 2 permainan iaitu FIFA20 dan Counter Strike: Global Offensive (CSGO).

Tambahan lagi, peminat E-Sukan juga boleh melawat dan merasai aktiviti permainan video melalui Zon Pengalaman E-Sukan, selain bertemu dengan Streamers terkenal.

Hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM1 juta dan kejohanan akan berlangsung pada tahun hadapan, pada masa itu juga ESKL akan memperkenalkan atlet E-Sukan dari Wilayah Persekutuan yang akan mewakili negara di Sukan SEA Manila 2019, bersama atlet E-Sukan Wilayah Persekutuan yang akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Orang awam yang berminat untuk mengunjungi serverDNA-IV boleh mendapatkan tiket percuma dengan mendaftar di: https://register.serverdna.asia/.

 

 

You might also like