OPPO Kekal Pengeluar Telefon Pintar Ke-2 Terbesar Di Malaysia

OPPO hari ini berkongsi laporan tahunan menunjukkan syarikat bertemakan warna hijau itu telah mencatatkan peningkatan yang baik sepanjang tahun 2017. Penjualan peranti OPPO yang meningkat naik telah menyumbang sebanyak 29% pasaran telefon pintar di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Laporan yang dipetik daripada Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) itu melihatkan OPPO kekal berada di kedudukan kedua selepas Samsung.

OPPO F5

OPPO yang mensasarkan penjualan peranti kepada golongan muda sering kali dilihat mempamerkan duta produk yang terkenal. Kini, OPPO telah memilih Diliraba Dilmurat sebagai tarikan untuk generasi muda berbangsa Cina, manakala pelakon terkenal Fattah Amin pula untuk generasi muda berbangsa Melayu. Strategi pemasaran lebih agresif apabila OPPO turut menjadi penaja utama rancagan khas di kaca televisyen seperti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Sing China! 2017, dan Anugerah Skrin 2017. Selain itu, OPPO juga telah menaja drama bersiri tempatan Red Velvet dan Coffee Prince.

Dalam pengumuman tersebut, OPPO telah menyatakan hasrat pada masa akan datang mereka bakal membawa teknologi 5G kepada pengguna dan peminat di seluruh Asia Tenggara.

You might also like