Lebih 500 Juta Pokemon Berjaya Ditangkap Dalam Cabaran ‘Global Catch Challenge’

Fenomena Pokemon GO yang pernah tercetus di negara ini mungkin tidak begitu meriah seperti di awal pelancarannya, sungguhpun begitu situasi ini dilihat jelas berbeza di peringkat global. Ini kerana Niantic baru sahaja mengumumkan bahawa sebanyak 500 juta Pokemon telah berjaya ditangkap dalam tempoh dua hari cabaran Global Catch Challenge berlangsung. Kejayaan itu sekaligus telah berjaya membuka ganjaran baru seperti XP berganda, Lure Modules bertahan sehingga 6 jam dan juga lebih banyak Pokemon akan muncul di seluruh dunia.

Sejak Pokemon GO dilancarkan, pelbagai kisah menarik telah dikongsikan seperti kesungguhan trainer yang sanggup berkunjung ke luar negara untuk bermain bersama-sama dengan kenalan baru bagi mendapatkan Pokemon yang hanya boleh didapati di negara tertentu. Perkara ini telah menjadi inspirasi kepada Niantic untuk mengajak sekumpulan trainer dari serata dunia untuk menyertai acara Pokemon GO Travel pertama yang berlangsung di Jepun.

Cabaran yang berlangsung selama seminggu ini merupakan percubaan pertama dari Niantic untuk menangkap sebanyak 3 bilion Pokemon dalam tempoh 7 hari bagi membuka lebih banyak ganjaran menarik. Para peserta juga akan berpeluang untuk bermain bersama-sama dengan personaliti online seperti IHasCupquake, Coisa de Nerd dan juga Rachel Quirico untuk menjelajah dan dalam masa yang sama mempelajari adat Jepun. Cabaran ini akan ditamatkan pada 26 November 2017 dengan sambutan istimewa di Pokemon GO Safari Zone yang terletak di Tottori, Jepun.

 

Muat turun Pokemon GO:

You might also like