Reviu Eksklusif: Pertempuran Peranti Dwi Kamera dari 3 Kategori Berbeza!

Tren sokongan dwi kamera bukanlah sesuatu yang baru pada tahun 2017 kerana teknologi sebegini semakin popular diperkenalkan oleh pengeluar telefon pintar. Bahkan penggunaan dwi kamera ini bukan sahaja ditemui pada model telefon pintar yang dijual pada harga yang mahal sahaja, tetapi pengguna juga boleh menikmati keupayaan penggambaran dwi kamera pada telefon kelas pertengahan.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

~ Ready?! Jom semak apakah kelebihan penggambaran
yang disokong oleh
3 model ini! ~

 

MOD KAMERA #1: Bokeh (Objek)
Xiaomi Mi A1

Efek bokeh (kabur) pada Xiaomi Mi A1 berjaya mengekalkan warna sama seperti warna sebenar, tetapi kekurangannya adalah tidak boleh menentukan tahap bokeh secara manual.

iPhone 7 Plus

Namun begitu, proses mengambil gambar dengan efek bokeh menggunakan mod potrait pada iPhone 7 Plus terasa jauh lebih mudah.

honor 8 Pro

Manakala honor 8 Pro pula kelihatan over exposed pada langit dan bekas berwarna kekuningan.

 

MOD KAMERA #2: Potrait
Xiaomi Mi A1
iPhone 7 Plus

Efek gambar Potrait yang diambil menggunakan Xiaomi Mi A1 tidak kurang hebatnya dan boleh dikatakan setanding dengan model iPhone 7 Plus, cuma iPhone 7 Plus berjaya mengekalkan warna kulit asal tanpa sebarang penambahan warna.

honor 8 Pro

Manakala honor 8 Pro pula membuatkan gambar wajah seakan warna merah jambu, mungkin disebabkan efek cahaya. Secara keseluruhan gambar ini masih baik dan berjaya mengawal noise dengan baik sekali.

 

MOD KAMERA #3: Outdoor (HDR)
Xiaomi Mi A1
honor 8 Pro

Penggambaran menggunakan mod HDR pada honor 8 Pro dan Xiaomi Mi A1 kelihatan hampir setara kerana berjaya menghasilkan gambar yang sangat terang dan juga kejituan warna yang sangat menonjol berbanding pesaingnya.

iPhone 7 Plus

Manakala iPhone 7 Plus pula menghasilkan gambar yang berwana kekuningan pada bangunan dan persekitaran, tetapi langit masih kekal dengan warna sebenar.

 

MOD KAMERA #4: Indoor
iPhone 7 Plus

Dalam persekitaran yang sama, iPhone 7 Plus berjaya dinobatkan sebagai pemenang apabila menghasilkan gambar yang terang dan jelas walaupun berada di persekitaran yang gelap. Masalah noise yang sering berlaku juga masil berjaya dikawal dengan baik.

honor 8 Pro
Xiaomi Mi A1

Manakala honor 8 Pro pula kelihatan lebih gelap berbanding Xiaomi Mi A1.

 

MOD KAMERA #5: Low Light
honor 8 Pro
Xiaomi Mi A1

Dalam persekitaran kurang cahaya, masalah noise agak jelas kelihatan pada honor 8 Pro berbanding Xiaomi Mi A1, manakala gambar juga nampak lebih terang pada Xiaomi Mi A1.

 

Manakala hasil gambar Xiaomi Mi A1 pula, ersekitaran kurang cahaya pula kelihatan sedikit kabur. Jadi, iPhone 7 Plus menjadi pilihan kami kerana gambarnya kelihatan seimbang antara kejelasan gambar dan tidak berhadapan masalah noise.

 

MOD KAMERA #6: Makro
Xiaomi Mi A1

Gambar makro yang diambil di dalam pencahayaan yang cukup ini memihak kepada Xiaomi Mi A1. Selain menghasilkan warna yang terang, kesan depth of field juga jelas kelihatan terutamanya pada kayu dan rumput.

honor 8 Pro
iPhone 7 Plus

Manakala hasil gambar honor 8 Pro kelihatan sedikit gelap serta iPhone 7 Plus kelihatan kabur pada beberapa bahagian seperti pada cendawan.

 

MOD KAMERA #7: Night Mode
honor 8 Pro

Jelas kelihatan bantuan low light pada ketiga-tiga peranti ini sangat membantu dalam penggambaran malam. honor 8 Pro kelihatan lebih terang berbanding iPhone 7 Plus serta Xiaomi Mi A1, tetapi hasil gambarnya kelihatan kurang jelas.

Xiaomi Mi A1

Manakala gambar Xiaomi Mi A1 pula kelihatan kabur pada beberapa tempat.

iPhone 7 Plus

Walaupun pencahayaannya agak terhad, iPhone 7 Plus jelas kelihatan tanpa berlaku penambahan warna padanya.

 

Apa kata anda dengan setiap hasil gambar?! Mana satu lagi best?!

 

You might also like