
Siri Grand Theft Auto 6 Ditangguhkan Lagi! Netflix Berjudul Narcos Menjadi Inspirasi Permainan Ini?!
Peminat permainan Grand Theft Auto 6 (GTA 6) mungkin perlu menunggu lebih lama lagi dari Rockstar Games bagi melancarkan siri baharu ini.
Meskipun GTA 5 sudah 6 tahun dilancarkan sejak tahun 2013, namun pihak Rockstar masih belum mengumumkan tarikh pelepasan untuk siri seterusnya di atas sebab ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada satu lagi permainan yang mencapai kerjaya tinggi, iaitu Red Dead Redemption 2.
Sebelum itu terdapat khabar angin mengatakan GTA 6 akan bermula di dua lokasi iaitu Vice City – sebuah Bandar ikonik dalam siri GTA, serta bandar baru yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil. GTA 6 akan ditetapkan pada tahun 70an / 80an dan akan menampilkan hanya satu protagonist bernama Ricardo.
Menurut sumber, jalan cerita permainan ini mendapat inspirasi dari siri Netflix yang sangat popular, Narcos. Bagaimana GTA 6 ini akan kelihatan apabila ia diumumkan nanti? Stay tuned dan kami akan beritahu anda.

