
Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai pelancaran OPPO F7 yang bakal diadakan di Malaysia pada bulan April ini. Sehingga ke hari ini, masih belum terdapat maklumat rasmi mengenai spesifikasi telefon pintar ini. Tetapi yang pasti OPPO F7 menawarkan penggambaran 25 Megapiksel.
Terbaru, OPPO Malaysia telah mengesahkan peranti ini akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan juga Diamond Black. Apa yang menarik perhatian adalah kemasan warna Diamond Black yang mana terdapat corak geometri berkilat pada panel belakang OPPO F7 ini.

Seingat kami, kali terakhir corak ini digunakan adalan pada model OPPO R1X yang diperkenalkan pada tahun 2015.
Warna apa yang menjadi pilihan korang? Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman Facebook OPPO Malaysia.

Jika berminat, anda boleh membelinya dengan menekan klik di pautan ini.