Honor Beri Diskaun Semua Peranti Sempena Hari Jadi Yang Ke-4

Sambutan telefon pintar berjenama honor di Malaysia semakin hari semakin memberansangkan. Ini disebabkan honor sering menawarkan peranti yang berkualiti pada harga yang lebih rendah berbanding jenama lain. Pejam celik honor sudahpun berusia 4 tahun dalam industri telefon pintar. Sehubungan dengan itu, sambutan ulang tahun akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi pengguna seperti kita, semestinya tertunggu-tunggu apa kejutan yang akan diberikan oleh honor Malaysia. Jadi, pada 9 April 2018 (Isnin) honor akan mengadakan satu promosi besar-besaran di beberapa platfom atas talian dimana kesemua peranti honor akan diberikan diskaun.

Antara peranti yang diberi potongan harga ialah honor View10, honor 9 Lite, honor 7X, honor 8 Pro, dan honor 6A Pro. Masing-masing menerima rebat sehingga RM500, malah hadiah juga akan diberikan.

Bagaimanapun, peluang mendapatkan diskaun hanya berlangsung selama 24 jam sahaja. Jadi, jika anda ingin membeli melalui salah satu platfom atas talian sila rujuk jadual masa di bawah:

You might also like