

Seakan memberi ruang kepada model baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi, OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga bagi OPPO F5 dan juga OPPO A83.
OPPO F5 mendapat diskaun sebanyak RM199 menjadikan harga terkini adalah RM1,099 (asal RM1,298), manakala OPPO A83 pula menerima penurunan sebanyak RM100 menjadikan harganya cuma RM799 (asal RM899).

Kepada yang berminat, anda boleh membeli telefon pintar dengan harga terbaru bermula 5 April 2018 di kedai rasmi OPPO dan juga secara atas talian.
Beli kat sini ⇓⇓
OPPO F5
OPPO A83