
Bertempat di ruang legar Plaza Low Yat, Dell telah melancarkan komputer riba 2 dalam 1 terbarunya yang diberi nama Dell XPS 13 2-in-1. Komputer riba yang diperkenalkan pada pameran CES 2017 sebelum ini kini sudah boleh didapatkan secara rasmi di pasaran tempatan. Apa yang menariknya komputer paling nipis di dunia ini, ia menampilkan skrin berukuran 13 inci beresolusi 3200 x 1800 piksel, malah ia telah dilindungi oleh Gorilla Glass 4 serta menyokong teknologi QuadHD+ Infinity Edge yang buat pertama kalinya diperkenalkan.

Bukan itu sahaja, selain boleh berputar sehingga 360 darjah, XPS 13 2-in-1 turut disediakan dengan 4 mod istimewa di mana salah satunya boleh digunakan sebagai mod tablet. Rekaan yang premium hadir dengan ketebalan hanya 13.7mm dan seberat 1.24kg sahaja.

Menawarkan masa penggunaan selama 15 jam, XPS 13 2-in-1 menawarkan beberapa variasi berbeza. Lebih istimewa, pada bahagian papan kekunci telah diperbuat daripada carbon fibre yang kelihatan unik dan tahan lebih lama. Fungsi pengimbas cap jari juga merupakan salah satu fungsi istimewa yang ada pada komputer riba ini.

Bermula hari ini sehingga 30 April 2017, setiap pengguna akan mendapat Dell DA200 Adapter USB Type-C berharga RM 319, dan berpeluang untuk memenangi monitor Dell S2718D InfinityEdge bernilai RM 2,999.

Spesifikasi Dell XPS 13 2-in-1
| Dell XPS 13 2-in-1 (9365) RM 6,698.99 |
Dell XPS 13 2-in-1 (9365) RM 7,799 |
Dell XPS 13 2-in-1 (9365) RM 7,999 |
|
| OS | Windows 10 Home | ||
| CPU | 7th Generation Intel Core i5-7Y54 | 7th Generation Intel Core i7-7Y75 | |
| Grafik | Intel HD Graphics 615 | ||
| Paparan Skrin | 13.3 inci QHD+ (3200 x 1800 piksel) InfinityEdge | ||
| Memori ROM | 256GB PCIe Solid State Drive | 512GB PCIe Solid State Drive | |
| Memori RAM | 8GB LPDDR3 | 16GB LPDDR3 | |
| Fungsi Menarik | Pengimbas cap jari | ||
Dell XPS 15, Pertaruhkan Paparan Skrin 4K
Sebuah lagi model yang diperkenalkan pada pelancaran tersebut adalah Dell XPS 15. Berbeza dengan model Dell XPS 13 2-in-1 yang boleh diputar sehingga 360 darjah, komputer riba ini hanya boleh berputar sehingga 170 darjah sahaja.
Menampilkan paparan skrin lebih besar iaitu berukuran 15.6 inci beresolusi 4K, ia turut menyokong paparan InfinityEdge dengan ketebalan bezel hanya 5.7mm sahaja. Rekaan premium yang nipis ini memudahkan pengguna membawanya keluar dan ia juga hadir dengan beberapa variasi berbeza.
Spesifikasi
| Dell XPS 15 RM 6,699 |
Dell XPS 15 RM 7,399 |
Dell XPS 15 RM 8,888 |
|
| OS | Windows 10 Home | ||
| CPU | 7th Generation Intel Core i5-7300HQ | 7th Generation Intel Core i7-7700HQ | |
| Grafik | NVIDIA GeForce GTX 1050 | ||
| Paparan Skrin | 15.6 inci FHD 1920 x 1080 piksel InfinityEdge |
15.6 inci 4K Ultra HD 3840 x 2160 piksel InfinityEdge |
|
| Memori ROM | 1TB 5400RPM Hard Drive + 32GB Solid State Drive | 256GB PCIe Solid State Drive | 512GB PCIe Solid State Drive |
| Memori RAM | 8GB DDR4 | 16GB DDR4 | |
| Pengimbas Cap Jari | X | √ | |




