
Iflix mengumumkan kerjasama dengan Bernama News Channel (BNC) bagi menyiarkan berita terkini rangkuman isu-isu semasa, jenayah, politik, sukan, perniagaan, hiburan dan hal ehwal luar negara secara langsung kepada pengguna menerusi hab berita 24 jam, ‘iflix News’.
Difahamkan, penstriman berita 24 jam secara langsung itu dapat diakses oleh para pengguna bermula 28 ogos ini secara percuma dan program-program Bernama di iflix bakal mengandungi buletin berita di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil.
Saluran berkenaan juga akan mengandungi beberapa rancangan bual bicara dan gaya hidup, seperti rancangan makanan Koleksi Tapau Apa, rancangan kesihatan ‘Medical Today’, dan rancangan perlancongan 1001 Destinasi Malaysiaku.