ASUS ZenBook Pro 15 Kini Rasmi – Harga Bermula RM5,999

Bulan Jun yang lalu kami ada membuat laporan mengenai pelancaran ASUS ZenBook Pro 15, sebuah komputer riba paling premium yang dioperasikan oleh sistem operasi Microsoft Windows. Setelah 2 bulan menunggu akhirnya ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga bermula RM5,999.

ZenBook Pro 15 membawa spesifikasi premium dengan sokongan cip pemproses Intel Core i9 terkini dan kad grafik NVIDIA Geforce GTX 1050Ti. Rekaan kerangka unibodi pada ketebalan hanya 18.9mm ini mempunyai satu keunikan, iaitu kehadiran 2 paparan skrin.

Selain skrin utama berukuran 15.6 inci, skrin kedua 5.5 inci yang dikenali sebagai ScreenPad ini lebih menarik kerana ia akan bertindak sebagai paparan skrin untuk aplikasi tertentu seperti kalkulator, membuka Spotify, kalendar, YouTube dan sebagainya selain fungsi touchpad.

Komputer riba ini hadir dalam tiga varian berbeza, varian pertama adalah Intel Core i7, NVIDIA GTX 1050 4GB, 8GB DDR4 RAM serta storan 512GB PCIE x 4 SSD, dijual pada harga RM5,999.

Bagi varian kedua mempunyai spesifikasi terdiri daripada Intel Core i7, NVIDIA GTX 1050Ti 4GB, 16GB RAM dan storan 1TB PCIE x 4 SSD, varian ini dijual pada harga RM 8,999.

Varian tertinggi dilengkapi dengan Intel Core i9 8950HK, NVIDIA GTX 1050Ti 4GB, 16GB RAM serta storan 1TB PCIE x 4 SSD, dan dijual pada harga RM 10,999.

Berminat, boleh dapatkan mulai hari ini di kedai pengedar sah ASUS di seluruh negara.

 

 

You might also like