Ini Adalah SCAM! Tolong Jangan Terpedaya Dengan SMS Palsu Menang ‘Besar’ Di Boost Ini!

Sedia maklum, program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 telahpun bermula dan penebusan boleh dibuat sehingga 14 Mac ini. Pelbagai ganjaran eksta yang ditawarkan bagi menarik perhatian pengguna. Pun begitu, timbul satu cerita kurang enak apabila timbul dakwaan menyatakan terdapat sekumpulan scammers yang mengambil kesempatan dan menghantar pesanan ringkas (SMS) palsu kepada pengguna.

Rata-rata netizen mendakwa bahawa mereka menerima mesej teks yang menyatakan bahawa telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM8,888 yang disediakan oleh Boost. Ia meminta pengguna untuk klik pada pautan tersedia dalam teks mesej tersebut untuk menerima hadiah.

JANGAN KLIK! Pastikan korang jangan klik pada pautan tersebut kerana mesej teks tersebut adalah PALSU! Malah, pihak Boost sendiri tidak memaklumkan pemenang menerusi mesej teks!

 

 

Bagaimana Kalau Sudah Tertekan?

Mereka yang klik pada pautan tersebut, secara automatik akan disambungkan ke satu nombor Whatsapp yang tidak diketahui. Kemudian, scammers akan menunjukkan sijil keahlian Boost melalui WhatsApp bagi mengurangkan keraguan mangsa dan kemudian mereka akan meminta pengguna untuk ‘naiktaraf’ akaun untuk mendapatkan hadiah!

Scammer akan menggunakan peluang ini untuk meminta pengguna memasukkan jumlah tertentu ke dompet. Sebaik sahaja langkah ini selesai, deposit pengguna akan dicuri dengan segera! OMG! So! Jangan terpedaya kerana ia adalah PALSU!

Kepada semua rakyat Malaysia di luar sana, sila berhati – hati semua untuk mengelakkan daripada ditipu! Adakah korang juga menerima mesej penipuan seperti ini?

You might also like