
Huawei Malaysia mengumumkan variasi warna terbaru untuk Huawei Mate 9. Warna hitam yang kami rasakan super cool ini akan mula dijual pada 3 Mac nanti. Jadi kepada mereka yang bercadang untuk mendapatkan Huawei Mate 9, bolehlah tunggu beberapa hari lagi dan lihat dahulu warna hitam ini, mana tahu melekat di hati.
Huawei Mate 9 BLACK akan dijual di semua Huawei Experience Stores, namun anda harus cepat kerana menurut Huawei unit jualan variasi terbaru ini adalah terhad. Harga jualan pula adalah RM 2,399.