OPPO R9s Berwarna Merah Dilancarkan Sempena Hari Kekasih

2764
- Iklan -

red-r9s-combination-with-logo-01Sejak pelancaran OPPO R9s pada bulan Januari yang lepas, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminatnya. Menurut pihak OPPO, pra-tempah peranti ini telah mencipta rekod jualan baru berbanding pra-tempah pada F1s yang sebelum ini menjadi juara bagi syarikat ini.

valentine-red-edition-r9sSempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini, OPPO akan melancarkan warna baru iaitu merah yang melambangkan kebahagian, kejayaan dan membawa tuah kepada anda semua. Adakah anda bersedia untuk mengejutkan orang tersayang dengan edisi merah ini?

OPPO R9s berwarna merah masih mengekalkan spesifikasi yang sama dengan versi biasa, seperti skrin 5.5 inci AMOLED HD penuh, kamera 16 Megapiksel dengan sensor terbaharu IMX 398 Sony, pengecasan pantas VOOC dan pengecaman cap jari.

_0004_dsc_4225