Aplikasi Eatigo Menawarkan Diskaun Sehingga 50%?!

Eatigo co-founders Michael Cluzel dan Pumin Yuvacharuskul

Sukar mencari tempat makan yang menawarkan diskaun yang tinggi? Aplikasi terkenal di negara Bangkok, Pattaya, Singapura dan Hong Kong kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Eatigo adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna menempah tempat-tempat makan menarik di Kuala Lumpur termasuklah di Hotel 5 Bintang.

Menawarkan diskaun sehingga 50% pada masa yang berbeza, tempahan boleh dibuat dengan hanya beberapa langkah sahaja. Bagi memudahkan pengguna membuat tempahan, Eatigo telah diasingkan kepada beberapa kategori. Malah untuk orang Islam, mencari makanan yang Halal juga mudah melalui aplikasi ini. Lebih daripada 1,000 buah restoran dan hotel 5 bintang yang ditawarkan oleh Eatigo, di antaranya adalah TGIF Fridays, Sheraton Imperial KL, The ZON, Renaissance KL, Duddha KLCC, Imperial Chakri Palace KLCC dan banyak lagi.

Sebagai pengenalan, Eatigo akan memberikan kad Starbucks bernilai RM 20 untuk tempahan sehingga 30 April 2017. Jangan lupa untuk menggunakan kod “EATKL” semasa membuat tempahan untuk melayakkan anda mendapat tawaran ini.

Tunggu apa lagi, jom muat turun aplikasi Eatigo di Google Play dan App Store secara percuma sekarang!

 

 

You might also like